WELCOME TO MY BLOG 欢迎来到我的部落格

31 March 2006

PIAGAM SEKOLAH

Kami, Guru SJK(C) Tah Tong, Pontian, Johor
Berjanji Berusaha Sedaya Upaya Memberikan
Perkhidmatan Pengajaran Dan Pembelajaran Yang
Berkualiti, Efektif Dan Rasional
Demi Memenuhi Hasrat Wawasan Pendidikan Negara
Untuk Melahirkan Murid-Murid Yang
Cemerlang, Inovatif, Berdisiplin, Dianamik
Dan Berakhlak Tinggi.

COGANKATA SEKOLAH

Belajar Untuk Berkhidmat

SEJARAH SEKOLAH



Sekolah ini telah ditubuhkan pada 16 Februari ,1925. Pada masa itu , penduduk-penduduk sedar akan kepentingan pendidikan formal untuk anak-anak mereka. Justeru sekumpulan pemimpin tempatan telah berpakat dan berusaha untuk membina sebuah sekolah di Pontian Besar ini. Pada tahun 1927, sebidang tanah telah diperoleh ,hasil daripada pungutan derma. Tanah tersebut ialah tapak sekolah sekarang. Pengasas-pengasas adalah : En. Tay Boon Swee, En. Lim Kwang Chuan, En. Lim Tin San, En. Tang Tok Seng, En. Neo Geak Puai dan En. Lim Chau Huai.
Sekolah ini telah ditutup selama 4 tahun kerana Perang Dunia Kedua dan dibuka semula pada tahun 1946.




Pada tahun 1951 disebabkan bangunan telah menjadi usang dan buruk maka sekali lagi usaha dibuat oleh Ahlik Jawatankuasa Jemaah Pengurus Sekolah memungut derma untuk membina sebuah bangunan sekolah papan yang mempunyai 6 buah bilik darjah dan sebuah dewan kecil .
Pada tahun 1970, sekolah ini mendapat peruntukan untuk membina sebuah bilik darjah. Pada tahun 1976 pula 2 bilik darjah serta sebuah pejabat dibina .Pada tahun 1982, Kementerian Pelajaran telah memberi peruntukan untuk membinia 2 bilik darjah lagi.
Pada tahun 1990, bangunan sekolah telah dianggap tidak selamat digunakan oleh Jurutera JKR Pontian. Maka sekali lagi Jawatankuasa Jemaah Pengurus serta Ahli Jawatankuasa PIBG berusaha membina semula bangunan baru sekolah dengan usaha dan kerjasama daripada pihak Jemaah Pengurus dan PIBG, bangunan baru sekolah (2 tingkat ) telah mulai dibina pada bulan Julai 1993 dan disiapkan pada Feb, 1995.
Pada 27 Februari 1995, bangunan baru sekolah ini telah mulai digunakan . Bangunan baru sekolah ini mengandungi 8 buah bilik darjah ( 7 buah untuk Tahun 1 hingga Tahun 6 dan sebuah dijadikan Bilik Sains), sebuah dewan , sebuah bilik tayangan , sebuah bilik alatan mengajar, sebuah pusat sumber termasuk perpustakaan , sebuah bilik termasuk bilik guru penolongkanan dan bilik kerani , sebuah bilik Guru Besar serta sebuah kantin.
Satu majlis menyambut ulang tahun sekolah yang ke 71 dan upacara perasmian bangunan baru sekolah telah diadakan pada 10 Ogos, 1996.
Lantaran kekurangan bilik darjah , bilik tayangan terpaksan diubahsuaikan menjadi bilik darjah pada awal tahun 1998.
Pada Disember 1997,dengan peruntukan Bantuan Modal RM 30,000 pagar di sekeliling kawasan sekolah siap dibina.