WELCOME TO MY BLOG 欢迎来到我的部落格

陈秀菊校长献词 (2002年10月-2014年4月)



 KATA-KATA ALUAN


Ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama bersusah-payah dan menyumbangkan masa, tenaga dan bantuan bagi menghasilkan Portal Rasmi sekolah kami.


Diharapkan dengan adanya laman web ini, semua pihak termasuk PIBG dan Jemaah Pengurus, mendapat maklumat dan keterangan yang jelas secara terus dari pihak sekolah, bagi meningkat dan melipat-gandakan usaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Di samping itu, pihak-pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang perlu bagi mengatasi sebarang masalah yang timbul dari masa ke semasa.


Justeru itu, ibubapa serta pelajar-pelajar juga dapat mengetahui, bagaimana pihak sekolah mengurus dan mengelola tentang hal ehwal pendidik semasa terutama kelas-kelas peperiksaaan.


Harapan kami sekolah ini akan terus maju dan berjaya.


Terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

Tan Siew Kiat
Bekas Guru Besar SJK(C) Tah Tong
(Tahun 15.9.2002 hingga 19.4.2014)