SUDUT PUSAT SUMBER
*************************************************************
LAWATAN PENANDA ARAS KE PUSAT SUMBER SJK( C ) TAH TONG.
笨珍市区各中小学资料中心主任访问大同华小
[ 25. 8. 2011 ]
**********************************************************
PERTANDINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
PERINGKAT NEGERI JOHOR
[ 13.2.2012 ]
Para
warga SJK(C) Tah Tong berasa amat berbangga kerana dapat diberi
kesempatan untuk menyertai Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang
Peringkat Negeri Johor 2012 yang begitu mencabar.
Pada
hari 13 Februari 2012, seramai 5 orang penilai yang berasal dari
Bahagian Pendidikan Teknolgi Muar, Kluang, Pontian dan Segamat telah
melawat ke sekolah kami untuk menjalankan penilaian secara penuh.
Rombongan penilai tersebut terdiri daripada Encik Azhari, selaku Ketua
Rombongan Penilai , Tuan Haji Khalid, Encik Mohd. Rajip, Encik Aziz
Atan, Encik Shamsuddin.
Pertandingan
PSS Peringkat Negeri Johor ini dibahagikan kepada 4 kategori, iaitu :
SM Bandar, SM Luar Bandar, SR Bandar dan SR Luar Bandar. Setiap
kategori terdapat 10 buah sekolah yang dicalonkan. Pihak sekolah kami
di kategori SR Bandar.
Pn.Tan
Siew Kiat, Guru Besar sekolah ini mewakili semua warga sekolah
mengalu-alukan kedatangan para penilai. Beliau juga merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan-tuan penilai kerana telah
banyak memberi input, bimbingan, komen, nasihat dan tunjukajar kepada
para warga sekolah ini, di mana dapat menambahbaikan pengurusan PSS
sekolah ini.
**************************************************************
ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH CEMERLANG
(KATEGORI SEKOLAH RENDAH BANDAR)
[ 3.4.2012 ]
***********************************************
ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH 2012
PERINGKAT NEGERI JOHOR
(KATEGORI SEKOLAH RENDAH BANDAR)
[ 2012 ]
***************************************************************
No comments:
Post a Comment