WELCOME TO MY BLOG 欢迎来到我的部落格

29 November 2006

Selamat Bersara




Pada 17.11.2006, pihak sekolah telah mengadakan satu Majlis Persaraan untuk Yang Dikasihi Cikgu Cheng Siew Kiat. Cikgu Cheng telah berkhidmat di sekolah ini selama 15 tahun. 


Beliau adalah seorang guru yang berdelikasi, bertanggungjawab dan selalu bersedia untuk membimbing serta membantu anak-anak muridnya. 


Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada beliau atas perkhidmatan di sekolah ini. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah, syabas dan Selamat Bersara kepada Guru Yang Disayangi - Cikgu Cheng Siew Kiat.