Adalah dimaklumkan bahawa PKG Daerah Pontian akan mengadakan satu lawatan penanda aras ke Pusat Sumber SJK(C) Tah Tong sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh : 24 Ogos 2011 ( Hari Rabu)
Masa : 9.00 pagi
Program lawatan tersebut dirancangkan dengan tujuan untuk memberi pendekatan kepada semua Guru Media Perpustakaan sekolah dari Zon Bandar tentang pengurusan pusat sumber yang cemerlang.
Puan Tan Siew Kiat, selaku Guru Besar SJK(C) Tah Tong, mengalu-alukan kedatangan Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG bersama dengan semua Guru Media Perpustakaan. Beliau berharap bahawa program lawatan yang akan dilaksanakan dapat memberi input yang berfaedah kepada semua pihak yang hadir.
Tindakan : Semua ahli jawatankuasa Pusat Sumber SJK(C) Tah Tong.