Pada 26.5.2007, pihak sekolah telah menjalankan satu Kem Motivasi untuk semua murid dari Tahun 5 & 6. Seramai 134 orang murid telah menyertai aktiviti tersebut. Di samping itu, para guru sekolah ini turut berserta.
Aktiviti-aktiviti yang diadakan termasuk ceramah Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan ceramah Motivasi.
Pihak sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Cikgu Lim Chia Lin, Cikgu Kong Ai Nian, Cikgu Kong Ai Juan dan juga Cikgu Tan Hoon Juan kerana telah banyak memberi input kepada anak-anak pelajar sekolah ini.Tidak lupa juga, diucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru sekolah ini kerana telah berusaha merancangkan aktiviti tersebut untuk membantu anak-anak pelajar.
Diharapkan semua anak pelajar dapat mencapai keputusan akademik dengan cemerlangnya selepas menerusi suatu kem motivasi yang sebegitu menarik serta berkesan.
Sekolahku Cemerlang!
No comments:
Post a Comment