WELCOME TO MY BLOG 欢迎来到我的部落格

20 April 2008

Pertandingan Sekolah Cemerlang 全国卓越学校竞赛




Semua warga SJK(C) Tah Tong berasa amat bangga kerana dapat diberi kesempatan untuk menyertai Pertandingan Sekolah Cemerlang peringkat kebangsaan yang begitu mencabar.

Pada hari 17 April 2008 dan 18 April 2008, seramai 4 orang penilai ASC telah melawat ke sekolah kami untuk menjalankan penilaian secara penuh. Rombongan penilai tersebut terdiri daripada Haji Mohd. Isha, selaku Ketua Penilai ASC, Haji Sufaat, Nazir Lembaga Peperiksaan, En.Mohd.Fuad B.Razali, Nazir Sekolah Wilayah Persekutuan dan En. Mashanizat B.Ngasri, Nazir Sekolah Putrajaya.

Pn.Tan Siew Kiat, Guru Besar sekolah ini mewakili semua warga sekolah mengalu-alukan kedatangan para penilai. Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada tuan-tuan penilai kerana telah banyak memberi input, bimbingan, komen, nasihat dan tunjukajar kepada para warga sekolah ini, di mana dapat menambahbaikan pembangunan sekolah dari semua aspek.

No comments: