WELCOME TO MY BLOG 欢迎来到我的部落格

27 June 2008

Selamat Berjaya, Cikgu Lai Say Wei.


27 Jun 2008, 1.30 petang, semua guru dan staf sokongan sekolah telah berkumpul di bilik guru untuk menghadiri suatu Majlis Perpisahan yang disediakan khas bagi Cikgu Lai Say Wei. Beliau telah meletakkan jawatan mulai 1 Julai 2008, kerana ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara di Kedah.

Cikgu Lai merupakan seorang GSTT yang bertanggungjawab, berdelikasi, bersopan-santun dan bersikap yang positif. Beliau bukan sahaja memberi prihatin kepada murid-muridnya, bahkan telah banyak membantu pihak sekolah dalam apa jua bidang. Walaupun beliau cuma berkhidmat di sekolah selama 6 bulan, tetapi beliau telah menubuhkan hubungan yang amat rapat dan baik dengan para warga sekolahini.

Puan Tan Siew Kiat, selaku Guru Besar sekolah ini merakamkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Lai atas perkhidmatan beliau di sekolah ini. Kelab Kebajikan Guru sekolah ini telah menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Lai.Di sebaliknya, beliau juga memberi cenderahati kepada semua guru dan staf sokongan sebagai kenangan.


Semoga Cikgu Lai sihat dan berjaya dalam pelajarannya.

No comments: