sebuah sekolah cina antara 11 buah SJK( C ) Negeri Johor yang terpilih sebagai Sekolah Rintis untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti pada tahun 2009. Pada 28 April 2009, kami sebanyak 222 buah sekolah termasuk SM, SK dan SJK telah sama-sama menghadiri Majlis Pelancaran Sekolah - Sekolah Rintis, PelaksanaanSPSK Negeri Johor 2009 di Dewan Pusat Latihan Tekologi Tinggi ( ADTEC) untuk menerima Sijil Perlantikan tersebut.
Pada 24 Jun 2009, hari Rabu, Guru Besar dari SJK( C ) Tah Tong dan JK( C ) Bin Chong bersama Pembantu - Pembantu Kanan dan Pembantu Tadbir dari sekolah masing-masing telah dijemput untuk turut hadir pada suatu taklimat SPSK anjuran MGB SJK( C ) Kluang. Selepas taklimat dan interaksi dilakukan, kami telah memperolehi suatu gambaran yang lebih jelas tentang prosedur-prosedur SPSK.
Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MGB SJK( C ) Kluang , terutamanya kepada Guru Besar SJK( C ) Ping Ming, Encik Khoo Ken Song atas bantuan serta budi bakti yang ditunjukkan.
No comments:
Post a Comment