WELCOME TO MY BLOG 欢迎来到我的部落格

24 August 2009

Pertandingan Mewarna 填色比赛

Pada 21 Ogos 2009, Jumaat, 2 orang murid kami , Lim Hui Xuan dan Koh Zin Yi, telah sama-sama menyertai Pertandingan Mewarna Peringkat Daerah Sempena Hari Kebangsaan Ke 52 yang dianjurkan oleh JK Pengelolaan SJK( C ) Chung Hwa. Kedua-dua orang murid sekolah kami memperolehi hadiah saguhati dalam pertandingan tersebut. Yang turut bersama ialah guru pengiring , Cikgu Ng Chia Lin.

19 August 2009

Penulisan Rekod Mengajar Guru 教师需写教学记录簿

Surat Pejabat Pelajaran Daerah Pontian bil. PPDPN/UPS/2/734/6( ) bertarikh 12 Ogos 2009 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.
Semua guru wajib mematuhi SPI Bil 3/1999 dan peraturan 8, peraturan-peraturan Pendidikan ( Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Seksyen 18 Akta 550, supaya menulis rekod mengajar setiap hari persekolahan.

Tindakan : Semua Guru SJK( C ) Tah Tong

17 August 2009

KEM 1 MALAYSIA MURID SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH PONTIAN SIRI 1 TAHUN 2009

Tarikh : 12.7.2009 hingga 15.7.2009
Tempat : Pusat Ko-kurikulum Negeri Johor, JPNJ.
Kem "1 Malaysia" bermaksud satu program yang melibatkan murid-murid daripada pelbagai kaum, bangsa dan etnik di Malaysia, yang menjalankan aktiviti perkhemahan yang terancang dalam pembentukan satu identiti, iaitu bangsa Malaysia.
Pelbagai jenis aktiviti telah dijalankan:-
  1. Peserta-peserta dibimbing untuk mendirikan khemah masing-masing,
  2. Permainan Rakyat : Terompah gergasi,
  3. Permainan Koperatif : Mencari Nombor,
  4. Permainan Koperatif : "Hole In One",
  5. Bermain Kompang bersama peserta kaum lain,
  6. Sukan Rakyat : Memancing ikan, dll.
Terdapat 8 orang murid dan seorang guru pengiring, Cikgu Kong Ay Jian, dari sekolah kami yang mempunyai peluang untuk menyertai kem " 1 Malaysia " ini. 8 orang murid terdiri daripada Sharonie Tang Yong Ping (4M), Goh Qian Yi (4K), Lim Si Pei (4K), Chua Hui Fen (5K), Lim Ken Wei (5M), Sih Xi Yong (5M), Muhammad Haikal (5M), Chuang Gao Jie (5K).

14 August 2009

大同学校欢庆国庆,邀你共同参与!Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 52

大同学校将从本月17日至9月17日举行一系列活动,以庆祝我国独立建国52周年。
为国庆月拉开序幕的活动,是于本月17日早上,在本校礼堂举行的国庆月推介礼。推介礼议程包括:唱国歌与州歌、宣读国家原则、校长致词、爱国诗歌朗诵、挥摆“辉煌条纹”,献唱爱国歌曲、高喊独立口号等。
除此,本校兼修课程小股也策划了系列活动,包括:制作国庆帽子、填色比赛、国庆月小小展览会、播放爱国歌曲、国庆月清洁运动、推介国庆日主题歌与标志、悬挂“辉煌条纹”等等,让全体师生一起参与。
配合今年国庆主题:“一个大马,人民为先,成就为重”,一切活动将以人为本,并寻求全民参与,以提倡首相拿督斯里纳吉的“一个马来西亚”(1Malaysia)理念。













Logo 1 Malaysia 一个马来西亚标志

Keterangan logo 1 Malaysia:

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

07 August 2009

填色比赛 Pertandingan Mewarna

日前,我校二年级K班学生罗家芸代表学校,前往参加由SMK SRI PERHENTIAN 所主办的笨珍县填色比赛。结果,罗家芸脱颍而出,荣夺小学第一阶段组冠军。
可喜可贺 !

Anak murid sekolah kami, Loh Jia Yun , memenangi Johan dalam Pertandingan Mewarna, anjuran SMK Sri Perhentian.

05 August 2009

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.一个大马、以民为先、成就为重。

Tema Hari Kebangsaan Ke 52 : 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Lagu Tema Hari Kebangsaan Ke52

1 MALAYSIA

Berdiri
Teguh nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
Perpaduan
Mendapat rahmat toleransi kaum amalan bersama
Kejayaaan
Kita bangunkan satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina satu Malaysia
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysai benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia [ x 3 ]
Satu Malaysia untuk semua

Sila klik untuk mendengar Lagu Tema Hari Kebangsaan Ke 52.