WELCOME TO MY BLOG 欢迎来到我的部落格

17 August 2009

KEM 1 MALAYSIA MURID SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH PONTIAN SIRI 1 TAHUN 2009

Tarikh : 12.7.2009 hingga 15.7.2009
Tempat : Pusat Ko-kurikulum Negeri Johor, JPNJ.
Kem "1 Malaysia" bermaksud satu program yang melibatkan murid-murid daripada pelbagai kaum, bangsa dan etnik di Malaysia, yang menjalankan aktiviti perkhemahan yang terancang dalam pembentukan satu identiti, iaitu bangsa Malaysia.
Pelbagai jenis aktiviti telah dijalankan:-
  1. Peserta-peserta dibimbing untuk mendirikan khemah masing-masing,
  2. Permainan Rakyat : Terompah gergasi,
  3. Permainan Koperatif : Mencari Nombor,
  4. Permainan Koperatif : "Hole In One",
  5. Bermain Kompang bersama peserta kaum lain,
  6. Sukan Rakyat : Memancing ikan, dll.
Terdapat 8 orang murid dan seorang guru pengiring, Cikgu Kong Ay Jian, dari sekolah kami yang mempunyai peluang untuk menyertai kem " 1 Malaysia " ini. 8 orang murid terdiri daripada Sharonie Tang Yong Ping (4M), Goh Qian Yi (4K), Lim Si Pei (4K), Chua Hui Fen (5K), Lim Ken Wei (5M), Sih Xi Yong (5M), Muhammad Haikal (5M), Chuang Gao Jie (5K).

No comments: