WELCOME TO MY BLOG 欢迎来到我的部落格

04 October 2009

Tahniah! Puan Hajah Hanipah Bte Lagiman

Pada 2.10.2009, semua guru an staf sokongan sekolah telah berkumpul di pejabat guru untuk sama-sama menghadiri suatu Majlis Perpisahan yang disediakan khas kepada Pembantu Tadbir Puan Hajah Hanipah Bte Lagiman kerana beliau telah dinaikkan pangkat ke N22 dan akan bertukar ke SK Dato'Jaafar , simpang Rengam mulai minggu depan.
Puan Hajah Hanipah telah lama berkhidmat di sekolah ini, iaitu hampir genap 20 tahun. Beliau merupakan seorang Pembantu Tadbir yang amat berdedikasi dan bertanggungjawab.Beliau juga banyak membantu pihak sekolah walaupun di luar tugasannya.
Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada beliau atas perkhidmatannya di sekolah ini. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkatnya.
Puan Hajah Hanipah, semoga mu sentiasa sihat dan terus berjaya dalam bidang ini.

No comments: