WELCOME TO MY BLOG 欢迎来到我的部落格

09 February 2010

Pra Audit Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)

SJK( C ) Tah Tong telah dipilih sebagai sekolah rintis untuk melaksanakan SPSK mulai Mei 2009.
Pada 8 Februari 2010, Pra Audit SPSK di sekolah kami telah dijalankan oleh Ketua Juruaudit ,En.Othman B.Nekmat, iaitu Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti dan juga juruaudit ,En.Abdullah B. Yusoff, Pegawai Program Kaunseling,PPD Johor Bahru. Masa Pra Audit dilakukan mulai 9.30 a.m. hingga 1.15 p.m. Kaedah yang digunakan semasa Pra Audit adalah melalui semakan dokumen dan rekod, temubual dengan auditee sera pemerhatian.
Puan Guru Besar mewakili semua warga sekolah ini mengalu-alukan kedatangan Auditor. Beliau berharap kedua-dua auditor dapat memberi tunjukajar dan bimbingan kepada para Prosedur Kualiti sekolah ini supaya dapat memperbaiki apa jua yang kurang menepati, demi membawa kebaikan kepada para murid di sekolah ini.
Selepas Pra Audit, rumusan telah disampaikan oleh Ketua Juruaudit dan juruaudit.

No comments: