10 Julai 2010, Hari Sabtu, seramai 11 orang pelajar sekolah kami yang berada pada tahap galus dalam matapelajaran Bahasa Cina telah berjaya menyertai suatu Kem Galus B.C. yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Panitia Bahasa Cina Daerah Pontian. Kem tersebut bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.
Pihak jawatankuasa merancang dan menyusun ceramah berkaitan dengan teknik menjawab soalan. Penceramah yang dipelawa ialah Cikgu Tan Yong Peng, guru kanan SJK( C ) New Kota. Beliau berjaya memberi input kepada anak murid galus yang terdiri dari 25 buah SJK( C ) daerah Pontian.
Para peserta berasa amat gembira dan tersentuh hati selepas mengambil bahagian secara aktif dalam ceramah tersebut.
Guru-guru yang turut serta adalah Guru Besar , GPK 1, Cikgu Chai Ling Ling, Cikgu Goon Siew Mon, Cikgu Foon Man Ha, Cikgu Koh Ah Moi ,Cikgu Soh Peck Hoo dan Cikgu Lim Ming Chiu.
No comments:
Post a Comment