18 Oktober 2010,Isnin, 7.30 pagi, satu Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan telah diadakan. Aturcara dalam Majlis tersebut adalah seperti berikut : -
* Nyanyian Negara Ku & Lagu Negeri Johor
* Bacaan Ikrar
* Ucapan Tuan Guru Besar
* 3 orang murid melakukan persembahan berkaitan syarahan & bercerita
* Nyanyian Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
Di samping itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kawasan sekolah juga termasuk :-
* Mingguan Bahasa diadakan
* Aktiviti menulis esei .
* Mewarnakan logo Bulan Bahasa Kebangsaan
Pihak sekolah berharap agar semua aktiviti yang dijalankan dapat memantapkan dan memperkukuhkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan. Di samping itu, diharap juga aktiviti tersebut dapat mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
No comments:
Post a Comment