WELCOME TO MY BLOG 欢迎来到我的部落格

27 April 2013

Buku Panduan Sarana Ibu bapa

SARANA  IBU BAPA : Merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibubapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercita - MALAYSIA.
PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PEMBELAJARAN ANAK mempunyai faedah-faedah berikut:-
Faedah kepada anak:
  • Mendapat markah dan gred ujian yang lebih baik.
  • Mempunyai nilai kendiri dan motivasi yang lebih tinggi.
  • Kehadiran ke sekolah lebih bagus.
  • Kadar pelanggaran disiplin sekolah berkurangan.
  • Keciciran persekolahan dapat dielakkan.
Faedah kepada ibu bapa:
  • Boleh belajar bagaimana untuk membantu anak menyelesaikan kerja rumah.
  • Ibu bapa dapat mengetahui prosedur dan kaedah membantu anak di sekolah.
  • Dapat berkongsi ilmu keibubapaan bersama ahli PIBG yang lain.
  • Anda akan dapati lebih mudah untuk menyediakan suasana rumah yang sihat.
Sila rujuk kepada Buku Panduan Sarana Ibubapa di bawah untuk memperolehi maklumat yang lebih terpeinci  ,demi kecemerlangan  anak-anak kamu:

No comments: