Pada 22 Ogos 2008, Guru Besar dan GPK KK telah mengiringi anak murid sekolah kami - Tan Wan Chi ke Klana Resort , Seremban untuk menyertai Pertandingan Syarahan Bahasa Cina SJKC Peringkat Kebangsaan Kali Ke 24 Tahun 2008. Guru Besar dan GPK KK memberi penghargaan yang amat tinggi kepada Tan Wan Chi, walaupun dia tidak dapat mengalahkan 25 orang peserta daerah lain yang hebat dan berpotensi tinggi. Walau bagaimanapun, Tan Wan Chi tetap dianggapkan menang kerana dapat mewakili Negeri Johor serta menerima input yang begitu baik.
Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Guru-Guru SJKC Daerah Pontian,Puan Ooi Yean Sien, Cikgu Tan Lian Kim, Cikgu Tang Chai Feng dan ibubapa Tan Wan Chi.
No comments:
Post a Comment