WELCOME TO MY BLOG 欢迎来到我的部落格

31 August 2008

Sambutan Perayaan Hari Kemerdekaan Ke 51 Peringkat Daerah Pontian 2008





Pada 31 Ogos 2008, 7.30 pagi, seramai 82 orang peserta pancaragam dan 22 orang guru pengiring dari SJK( C ) Tah Tong telah menyertai Perbarisan Lintas Hormat dalam Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke 51 Peringkat Daerah Pontian Tahun 2008 di Mini Stadium Pontian. Para warga sekolah kami berasa gembira serta bangga kerana dapat dijemput untuk sama-sama menyertai Majlis yang sebegitu meriah setiap tahun. Tahun ini, semua guru pengiring dan peserta amat bersuka-hati lagi kerana dianugerakan hadiah-- Pancaragam Terbaik dalam Majlis tersebut. Kami, para warga sekolah Tah Tong akan mendukung tema Hari Kebangsaan Ke 51, iaitu Perpaduan Teras Kejayaan dan terus berusaha demi mencapai kecemerlangan pasukan pancaragam.

No comments: