30 Mei 2009, hari Sabtu, seramai 103 orang pelajar yang terdiri daripada Tahun 5 & 6 telah berjaya menyertai Kem Motivasi 2009. Kem motivasi tersebut bermula pada jam 7.15 pagi dan berakhir pada pukul 5.15 petang.Pihak jawatankuasa merancang dan menyusun 3 jenis slot ceramah, iaitu ceramah mengenai Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan juga motivasi bagi peserta-peserta kem. Penceramah-penceramah yang dipelawa untuk memberi input kepada anak murid sekolah ini adalah Puan Mariani, Puan Yong Siew Leng dan En. Chua Keh Kuang.
Selain daripada slot ceramah, acara senaman dan nyanyian lagu motivasi pula dipersembahkan. Para peserta berasa amat gembira dan tersentuh hati selepas mengambil bahagian secara aktif dalam akativiti-aktiviti.Mereka juga berikrar untuk meningkatkan keputusan akademik melalui pembelajaran secara bersungguh-sungguh.
Ketua Penyelaras, Puan Lim Suan Cheng, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada semua lapisan yang sama-sama menjayakan program kem tersebut.
Yang turut serta adalah Pengerusi PIBG, Guru Besar, GPK-GPK, semua guru di sekolah ini.
No comments:
Post a Comment