WELCOME TO MY BLOG 欢迎来到我的部落格

10 July 2009

Kem Kecemerlangan Bahasa Inggeris UPSR 2009

Pada 9 Julai 2009, hari Khamis, Jawatankuasa Daerah Panitia Bahasa Inggeris Daerah Pontian telah berjaya menganjurkan Kem Kecemerlangan Bahasa Inggeris UPSR 2009 di dewan serbaguna SJK( C ) Pei Chun 1. Seramai 196 orang pelajar galus yang terdiri daripada 25 buah SJKC dan 1 buah SJKT daerah Pontian turut menyertai program terancang ini.
Kem kecemerlangan Bahasa Inggeris itu bermula pada jam 1.30 petang dan berakhir pada pukul 3.30 peang.Pihak jawatankuasa mempelawa En. Yeow Kea Peng, Mantan Guru Besar untuk memberi input kepada golongan murid galus itu agar dapat mendorong serta membantu mereka berusaha lebih giat lagi.
Puan Tan Siew Kiat selaku Pengerusi JKD Panitia B.I. merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para Ahli J/Kuasa , Guru Besar dan guru-guru pengiring kerana sama-sama menjayakan program tersebut.
Yang turut hadir adalah PSC PPD Pontian- Pn. Teh Goh Moi, Pengerusi Majlis Permuafakatan SJKC Daerah Pontian , Guru Besar, GPK-GPK, Jurulatih dan guru-guru pengiring setiap sekolah.








No comments: