Pada hari 13 Februari 2012, seramai 5 orang penilai yang berasal dari Bahagian Pendidikan Teknolgi Muar, Kluang, Pontian dan Segamat telah melawat ke sekolah kami untuk menjalankan penilaian secara penuh. Rombongan penilai tersebut terdiri daripada Encik Azhari, selaku Ketua Rombongan Penilai , Tuan Haji Khalid, Encik Mohd. Rajip, Encik Aziz Atan, Encik Shamsuddin.
Pertandingan PSS Peringkat Negeri Johor ini dibahagikan kepada 4 kategori, iaitu : SM Bandar, SM Luar Bandar, SR Bandar dan SR Luar Bandar. Setiap kategori terdapat 10 buah sekolah yang dicalonkan. Pihak sekolah kami di kategori SR Bandar.
Pn.Tan Siew Kiat, Guru Besar sekolah ini mewakili semua warga sekolah mengalu-alukan kedatangan para penilai. Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan-tuan penilai kerana telah banyak memberi input, bimbingan, komen, nasihat dan tunjukajar kepada para warga sekolah ini, di mana dapat menambahbaikan pengurusan PSS sekolah ini.
No comments:
Post a Comment