WELCOME TO MY BLOG 欢迎来到我的部落格

12 February 2012

Terima Kasih, Cikgu Koh Seow Peng & Ustazah Siti Nur'ain

Pada awal bulan Januari 2012, suatu majlis telah diadakan khas untuk Cikgu Koh Seow Peng dan Ustazah Siti Nur'ain. Mereka telah meletakkan jawatan sebagai GSTT di sekolah in mulai 1 Januari 2012, kerana ditawarkan untuk mengikuti Kursus Perguruan KPLI.

 
 
 
 
 
Kedua-dua orang guru merupakan GSTT yang bertanggungjawab, berdelikasi, bersopan-santun dan sentiasa bersikap yang positif. Mereka telah banyak membantu pihak sekolah dalam apa jua bidang.

 
Puan Tan Siew Kiat, selaku Guru Besar sekolah ini merakamkansetinggi-tinggi penghargaan kepada dua orang guru atas perkhidmatan mereka di sekolah ini. Kelab Kebajikan Guru sekolah ini telah menyampaikan cenderahati kepada mereka.

 
Semoga Cikgu Koh Seow Peng dan Cikgu Siti Nur'ain sentiasa  sihat dan berjaya dalam pelajarannya.
 

No comments: